home about linkies tutorial anythings twitter follow


Writter

Hello ppl. I'm a Alien from Exo planet. Part time as Exostan. Great planet full with 12 wolf that I love damn much. (Suho, Chen, Baekhyun, Luhan, Kris, Sehun, D.O, Tao, Kai, Xiumin, Lay, Chanyeol). Also, love Yonghwa, Woobin BTS, GOT7 ^^ Currently, trying to be a better person :3
Do follow my acc ^^
Ask.fm
Facebook
Twitter
Instagram
Wechat id : hxnysss

CBOX


ARCHIEVE



CREDIT

© 2014 - Skins by Adila and basecode Mayra. Blog Owner Hxnyss
Surat ?
Sunday, May 19, 2013 | 0 Comments

Assalamualaikum :)

          First, Berhabuk betul belog ni kan? Dah lama pemilik dia tak hapdet. Betul tak? Ish. Ish. Ish. :3 *Lap lap habuk* Hurm. Sekarang, nak update pasal surat. Apa? Surat? Surat apa plak ni kan? Act, sebelum exam PPT haritu, aku ada dapat surat from Kak Wani form5. Surat tu sentap kot. Memang bagi kesan yang mendalam kat aku ah. So, serba sikit aku rasa berterima kasih gila kat dia sebab bagi surat tu kat aku. Hehe. Nak tau tak apa isi surat tu? Well tehn, continue reading.

The letter :

TERISTIMEWA BUAT ADIKKU.

Adikku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

          Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.

Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka ?

Ingatlah duhai adikku sayang,

          Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah ! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buat mu.

          Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulamkan akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam.

Salam, Kak Wani (5is, 0913)

Haa, see, dah baca dah. Hurm, serius terasa jugak sikit. Ye lah, diri ni bukannya baik mana pun. Surat ni memang jadi inspirasi nak berubah. Hurmmmm, boleh ka? Belum cuba belum tau, kan? Hahaha. So long.
Bye, assalamualaikum.